APA ITU DADAH?
Dadah atau
drug adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang
menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis
daha seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis
dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia
untuk perlbagai tujuan.
MAKSUD DADAH
Menurut Kamus
Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud
ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada
'drug', perkataan 'use', 'misuse' atau 'abuse' perlu digunakan bersama-sama
dengan perkataan 'drug'. Contohnya 'drug abuse' atau 'misuse of drug' yang
membawa maksud penyalahguanaan dadah.
Dadah
merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta
tingkahlaku pengguna aoabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, sesorang
yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup
kepadanya.
DADAH DALAM KEHIDUPAN ANDA
Tanpa
disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam
hidup anda. Ubat-ubatan seperti 'paracetamol' dan 'antibiotic' membantu
menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga
mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai 'caffeine'. Akan
tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang
bermasalah kepada iniduvidu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan
minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Walaubagaimanapun, penyalahgunaan dadah adalah salah di bawah akta-akta tertentu menurut Undang-undang Dadah Malaysia.