Jenis-jenis Dadah
- Opiat dan Opiat sintetik
- Stimulan
- Ganja
- Halusinogen
- Depresen
- Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna
Dadah jenis
opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah
popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu
candu, morfin dan heroin.
JENIS-JENIS OPIAT
Candu adalah
sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti
sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar
daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat,
menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada
udara.
2. Morfin
Morfin adalah
sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam
pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin
sulfat atau morfin hidroklorik.
Cara
Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : “M”, “White Powder”, “Monkey”, “Morpho”
Morfin
Mentah:
- Bentuk blok / serbuk.
- Bertanda “999”.
- Mengandungi 70% – 90% morfin.
- Juga dipanggil Heroin No.1
Pil-pil
Morfin:
- Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid.
- Pil kecil berwarna putih / coklat pucat.
Heroin adalah
dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia.
Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang
terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali
ganda morfin.
Cara
Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Fit”, “Fun”, tepung, cik putih, barang, “Penang pink”
4.Kodein
Kodein adalah
bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada
morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan
sederhana dan sebagai ubat batuk.
Cara
Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk
Opiat
Sintetik meliputi bahan-bahan seperti “methadone”, “pethidine”, “dipipanone”
dan “dextropropoxyphene”. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan
opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini
“methadone” digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.
Cara
Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan :
“Fizzies”, “Dollies”
Stimulan
merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat.
Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau
“Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan kokain.
Jenis-jenis Stimulan
1. Amfetamin
Amfetamin
adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang
mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Dadah perangsang jenis amfetamin sepertimethamphetamine (ice/syabu) dan
“Methylenedioxy methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.
Cara
Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur (“chasing the dragon”)
2. Methamphetamine
“Methaphetamine
hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan.
Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh “methaphetamine
hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya
diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.
Syabu / Ice
Cara
Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)
Nama Jalanan : “Ice”
Alat untuk “chasing the dragon”
3.Kokain
Kokain adalah
serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan
Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di
negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara
Eropah.
Cara
Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”
Kokain
“Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam
bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran
kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granusles“. “Crack” mempunyai
ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan
ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
4. MDMA
Tablet yg mengandungi MDMA (Pil
Ecstasy)“Methylenedioxy-methamphetamine” (MDMA) merupakan analo meskalin dan
amfetamin.
Ia dipanggil
“feel good drug” dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA
seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna
muda.
Cara
Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”
Pokok Ganja
Kanabis ialah
istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada
pokok “cannabis sativa”.
Pokok ini
berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur
Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi
sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC)
merupakan bahan psikoaktif yang utama.
Daun Ganja
Jenis-jenis Ganja/Kanabis
1. Kanabis Herba
Kanabis herba
merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis” yang dikeringkan
dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.
Kandungan THC : 0.25% – 8%
Cara
Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja
2. Hashish
Resin getah
kanabis
Kandungan THC
: 4% – 12%
Cara
Menggunakan : Menghisap
Halusinogen
adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia
mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang
benar dan tidak benar. Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah
kawalan Kementerian Kesihatan.
LSD, DMT, PCP,
meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan
penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. Ubat-ubatan
ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies” pada tahun 1960-1970.
Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.
1. Ubat “Depresen”
Barbiturates
Ubat
“Depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini
bertindak dalam sistem saraf
tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.
Tranquilizer
Contoh ubat
“sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer” ialah
“erimin-5″, “rohypnol” dan “valium”.“Erimin-5″ sejenis “sedative” yang kerap
disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club drugs” untuk membantu mereka
kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap “erimin-5″ sebagai
pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi. “Rohypnol” sejenis
“sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab
malam bukan sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh
perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama
alkohol.
2. Alkohol
Alkohol
adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung
kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan
cara memperlahankan fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol bersama dadah
boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan
dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil
secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.
3. GHB
“Gamma-Hydroxybutyrate”
(GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul.
GHB atau “gamma-hydroxybutyric acid” tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan
dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian. GHB juga kerap
disalahgunakan sebagai “rape drugs” kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh
beberapa minit sahaja.
Cara
Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : “G”, “Grieviuos bodily Harm”, “Liquid Ecstasy
4. Ketamin
Ketamin pula
sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan
dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur
dengan cepat. Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara
“smoked” atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius.
1.steroid
Steroid
sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor
untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.
Steriod kerap
disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang
menunjukkansteroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan
kekuatan fizikal.
Steroid mempercepatkan proses
pembesaran otot bagi ahli bina badan
Penyalahgunaan
steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh
menyebabkan kanser hati.
2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain
Gam, petrol
dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh
menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.
Kekerapan
menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang
itu ketagihan.Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius.
Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan
agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.
3. Daun Ketum
Daun Ketum
Daun ketum
atau “species mytragynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik
dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara
dan Timur Semenanjung Malaysia.
Pokok Ketum
ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di
Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.
Daun Ketum
telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga
bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum
sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan
bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah
disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Air Ketum
Terdapat juga
di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk
supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya. Ia dikatakan berupaya
menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin
telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons 1952. Dengan itu pokok Ketum
telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
4. Ubat-ubatan
Selain
daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat
penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit.
Penggunaan
yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan
kepada ubat-ubatan
berkenaan.
Dadah-Dadah Lain Yang Popular
Nospan
Nospan
biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya murah kemudian
hari untuk memberikan kesan khayal yg sama. (Dextromethorphan) adalah tablet
ubat batuk yang digunakan untuk melegakan hidung berair, bersin, gatal hidung,
Sinusitis, allergies dan gatal tekak . Pengambilan yang berlebihan boleh
mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah
kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran
Neutroksin Ensifalus.
Pil ini
dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain merangsang remaja
membunuh diri. Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan,
hilang selera makan, mulut kering, sakit dada, denyutan kuat, ruam kulit,
tekanan darah tinggi dan halusinasi. Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya
apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh menyebabkan
mangsa sakit mental dan kurang siuman kekal.
Pil Kuda
Di dalam
perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD. Tapi sekarang
ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor. Pil kuda
diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam
masa yang singkat. Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat &
melampau, di mana jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf
otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yang kekal.
Hal ini
kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang
lebih kuat. Di antaranya adalah:
1.) Racun
tikus – Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya dengan
segera1.
2.) Serbuk
Kaca Kalimantang
3.)
Pencuci lantai3.
4.) Klorox4.
5.) Ubat
Nyamuk5.
6.) Abu
tulang manusia yg dibakar
Cara biasa
menghisap pil kuda ni adalah ‘Chase The Dragon’. Pil dimasak menggunakan ‘
dapur’ & asap yang keluar disedut. Kalau diambil sebutir, penagih boleh
berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diambil suku sahaja,penagih akan
berasa cergas lebih kurang 6 jam. Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih
menjadi sangat bernafsu & kemahuan seksnya akan meningkat secara mendadak.
Kesan Pil
kuda :
1.) Paranoia
– berkelakuan / tingkahlaku pelik.
2.)
Halusinasi – lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud.
3.) Delusi –
kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang.
4.) Meth
mouth –kerosakan pada gigi.
5.) Muka
cengkung & berat badan susut dengan mendadak.
6.)
Sawan,tegang otot,menggeletar.
No comments:
Post a Comment