KESAN-KESAN
Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :
- Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
- Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
- Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
- Pitam, pengsan, & berperasaan ganas.
- Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.
- Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga.
- Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
- Rumah tangga menjadi porak peranda.
- Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
- Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.
- Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun.
- Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
- Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.
Kos tersebut termasuklah :
- Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
- Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah.
- Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
- Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku.
- Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
- Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.
Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah :
- Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
- Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
- Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
- Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
- Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
- Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.
- Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
- Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
- Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
- Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
- Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya.
- Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.
- Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkantanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan.
No comments:
Post a Comment