Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah
Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan
bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur
antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama
ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.
Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka
menyalahgunakan dadah adalah kerana :
- Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri.
- Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
- Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
- Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
- Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
- Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
- Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.
- Masalah dan tekanan rumah tangga.
- Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
- Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
- Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.
- Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.
kurang kemesraan
No comments:
Post a Comment